Friday, June 26, 2009

Reflection 2

Ini kali kedua aku menulis refleksi dan pelaung ini memang aku nanti-nantikan sebab refleksi ini ditulis selepas aku menjalani microteaching. Aku memilih tajuk “Understanding Pressure” untuk microteaching yang mana aku perlu mengaplikasikan kemahiran Questioning dalam pengajaran tersebut. Secara teorinya kemahiran ini sukar sedikit tapi tidaklah sepayah mana kerana kemahiran Questioning memerlukan aku menanyakan soalan dan probe further secara spontan supaya soalan-soalan yang aku kemukakan dapat member petunjuk dan membantu pelajar memahami topik yang di ajar.

Seingat aku, sebelum microteaching tersebut, aku telah buat persiapan yang boleh di katakan agak sempurna dan dapat membantu melicinkan proses pengajaran aku. Aku yakin dengan “skrip” pengajaran yang aku buat, tapi bak kata orang “ingatkan panas sepanjang hari, rupanya hujan di tengah jalan”. Aku dikomen bak peserta Akademi Fantasia yang dikomen bertalu –talu oleh juri. Aku terkesima, terkejut dan kadang-kadang rasa bingung kerana aku rasa persiapan yang aku buat adalah mantap tapi apa yang menanti aku di penghujung jalan adalah komen-komen dari Dr.Nurul.

Kalau difikirkan balik segala apa yang diperkatakan oleh Dr. Nurul adalah benar belaka kerana banyak komponen-komponen Questioning yang tidak aku aplikasikan semasa microteaching walhal semua komponen tersebut semuanya berada dalam perancangan dan skrip aku. Kalau dilihat dengan mata kasar, masalah yang aku hadapai adalah aku tidak memahami konsep kemahiran Questioning tetapi jika diperhalusi masalah aku yang sebenarnya ialah kurang keyakinan dalam diri aku untuk menjadi seorang pendidik yang berkesan dan efektif terutamnya dalam bidang fizik. Aku kurang yakin dengan diri aku sendiri semasa mengajar menyebabkan banyak komponen yang aku tidak aplikasikan semasa microteaching walaupun semuanya sudah aku sediakan dan kesannya apa yang ingin aku ajar dan sampaikan nampak kalut dan kucar kacir.

Sumber pertama yang menyumbang kepada masalah ini adalah kelemahan diri aku sendiri yang mana sesi microteaching tersebut merupakan pengalaman pertama aku mengajar dan perasaan gugup jelas kelihatan semasa aku mengajar ditambah dengan perangai aku yang memang tidak suka berada di depan khayalak ramai. Aku tidak pernah mengajar dan aku memang kurang pengetahuan dari sudut ilmu pedagogi itu sendiri dan jika di hitung dari sudut pengalaman, aku memang “kosong”. Aku cuba menerapkan pendekatan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar tetapi gagal kerana kegugupan dan kurangnya keyakinan dalam diri aku selain soalan-soalan yang aku cuba ungkitkan tidak menepati ciri-ciri probe further yanmg dapat membantu pelajar memahami topik yang di ajarkan.

Selain itu, pengetahuan aku dalam dari sudut ilmu fizik itu sendiri juga adalah kurang yang sememangnya dapat membantutkan proses pengajaran aku seterusnya menyumbang kepada kurangnya keyakinan dalam diri aku. Aku sudah lama meninggalkan bidang ini dan segala fakta, teori dan konsep yang pernah aku pelajari boleh dikatakan “ingat-ingat lupa”. Aku masih lagi ingat ketika Dr. Nurul menerangkan sedikit sebanyak mengenai misconception dan ketika itu jugalah sedar walaupun kurikulum fizik tingkatan 4 dan 5 telah aku pelajari sewaktu aku menuntut di sekolah dulu, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan ada juga konsep konsep fizik yang aku faham tapi apa yang aku faham sebenarnya itu adalah salah. Kalau guru itu sendiri pun lemah dari segi konten pengajaran, bagaimana hendak pastikan seorang murid itu faham apa yang hendak disampaikan.

Aku tidak mahu membangkitkan masalah ini kerana ianya agak tipikal dan boleh dikatakan isu ini sudah “basi” tetapi ketidakupayaan berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik sedikit sebanyak mencacatkan lagi proses pengajaran aku dan menyumbang kepada ketidakyakinan aku. Aku tidak mahu menulis dengan lebih lanjut tentang masalah ini cuma, kadang-kadang rasa gugup itu timbul bila aku cuba bertanyakan soalan dan menerangkan konsep yang di ajar dalam bahasa inggeris. Rasa tidak yakin wujud kerana aku takut apa yang aku ajar tidak difahami oleh pelajar –pelajar yang memakukan mata mereka ke arah aku.

Selain daripada masalah ini, aku nak selitkan sedikit mengenai konsep Questioning yang cuba diterapkan oleh aku semasa microteaching yang mana sebenarnya mempunyai perkaitan dengan Mastery Learning atau kaedah pembelajaran masteri kerana faktor masa adalah antara komponen yang termaktub dalam kedua dua teori ini. Questioning dan kaedah pembelajaran masteri memerlukan masa yang lebih sebelum berpindah ke pengajaran sepenuhnya dan ini diperlukan supaya tahap pemahaman pelajar adalah tinggi sebelum mempelajari topik baru.

Masalah kurang keyakinan ini tidak akan dapat menghalang minat aku dalam usaha untuk menjadi pendidik yang berjaya. Aku tahu yang aku memang kurang yakin dengan diri aku tetapi aku pernah ingat Dr. Nurul pernah cakap yang jika niat kita baik dan ikhlas, segala kerja kita akan dipermudahkan. Selain daripada itu, apa yang Dr. Nurul juga pernah cakap yang pengalaman yang kita kumpul akan dapat membantu kita semasa mengajar nanti dan biarlah kita melakukan kesalahan semasa microteaching daripada melakukan kesalahan semasa mengajar disekolah nanti.

Jika ada assignment yang memerlukan pembentangan, aku cuba menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk menhilangkan rasa gugup apabila berdiri didepan khayalak ramai. Ini adalah salah satu usaha untuk mempertingkatkan keyakinan dalam diri aku yang mana selain itu, aku turut melihat semula rakman-rakaman microteaching rakan-rakan aku yang lain termasuk aku sendiri. Aku cuba mencari kelemahan-kelemahan dalam sesi pengajaran aku dan berbincang mengenainya dengan rakan-rakan yang lain. Aku juga cuba menerapkan konsep refleksi kendiri dalam kehidupan yang mana aku peruntukkan sedikit masa untuk berkomunikasi dihadapan cermin dalam usaha untuk mempertingkatkan keyakinan aku.

Aku memang percaya masalah ini dapat diselesaikan dan dalam usaha untuk memastikan konten pengajaran aku adalah mantap, aku telah memperuntukkan waktu setiap hari untuk mengulangkaji subjek fizik. Aku perlu memastikan diri aku lengkap dengan ilmu fizik sebelum aku dapat mengajarnya kepada orang lain. Perbincangan dengan rakan sekelas, sumber internet, latihan ulangkaji adalah antara usaha aku untuk memantapkan lagi ilmu fizik aku. Kini, aku mula rasa lebih yakin kerana sekurang-kurangnya apabila ditanya mengenai sesuatu konsep atau teori fizik, aku dapat menerangnya dengan baik tanpa timbulnya sebarang miskonsepsi.

Masalah komunikasi dalam bahasa inggeris ini adalah isu lapuk dan sememangnya menjadi masalah kepada aku turut mempengaruhi keyakinan aku apabila mengajar di hadapan. Masalah ini memang memerlukan dan memakan masa yang lama untuk di atasi tetapi dengan segala usaha yang telah aku jalankan aku rasa keyakinan aku semakin bertambah. Aku tidak mahu berbincang dengan lebih lanjut tentang masalah ini kerana isu ini telah aku selitkan dalam refleksi yang sebelum ini dan aku turut selitkan dalam refleksi ini kerana aku tidak mahu menipu, kerana kelemahan dalam bahasa inggeris turut menyebabkan kurangnnya keyakinan dalam diri.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini adalah setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan dan aku berharap dengan galakan rakan-rakan dan bimbingan serta nasihat pensyarah-pensyarah di sini dapat membantu aku menjadi seorang pendidik yang berjaya serta yakin dalam menyampaikan pengajaran yang mana aku turut berharap segala usaha yang telah aku lakukan dapat membantu aku mencapai impian gemilang aku..InsyaALLAH...

2 comments: