Minggu ini bermulalah minggu yang dinanti - nanti oleh setiap pelajar fizik DPLI yang mana pada minggu ke – 7 ini, sesi macroteaching akan bermula. Setiap pelajar perlu mengajar tajuk yang telah dipilih termasuklah aku yang telah memilih tajuk Prinsip Bernoulli. Setiap pelajar perlu mengadakan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berdasarkan tajuk yang telah di pilih dan setiap pengajaran perlu mempunyai ciri-ciri inquiry dalam usaha untuk membantu murid memahami segala konten dan isi yang hendak di ajar.
Sesi pembentangan bermula pada minggu ini yang mana setiap kali rakan –rakan aku yang lain membuat pembentangan dalam bentuk sesi pengajaran, aku semakin takut dan risau kerana aku dapat merasai sesi macroteaching ini lebih susah berbanding sesi microteaching sebelum ini. Aku perlu membuat persediaan yang rapi dan lengkap agar aku tidak kelihatan seperti patung dihadapan rakan-rakan aku yang lain dan juga tidak rigid dari segi gaya pengajaran.
Aku bernasib baik kerana terdapat rakan-rakan aku yang membuat pembentangan lebih awal dari aku dan di sini aku mengambil peluang untuk mempelajari setiap teknik dan memperbaiki gaya pembelajaran aku kerana diakhir setiap pembentangan, Dr Nurul akan memberi komen-komen membina dalam usaha untuk mebaiki kaedah penagajaran dan konten-konten yang diusulkan oleh setiap pembentang.
Giliran pembentangan aku adalah minggu ke-8 dan dengan ruang masa yang ada, aku menggunakan peluang ini untuk berjumpa Dr. Nurul untuk meminta pendapat tentang kaedah pengajaran dan bagaimana untuk menyampaikan konten dari sudut di mana pelajar sendiri yang akan membina pengetahuan tersebut. Aku berharap agar kelemahan yang ditunjukkan dapat diperbaiki dan aku dapat mengajar dengan baik dan lancer tanpa sebarang masalah.
Semasa aku berjumpa dengan Dr. Nurul baru aku sedari yang sebenarnya aku masih lagi mempunyai masalah dalam membuat dari segi definisi bahagian-bahagian yang perlu dibentangkan. Lesson Plan yang aku tulis aku anggap adalah sempurna tapi sebenarnya banyak bahagian telah diconteng merah oleh Dr. Nurul yang mana menunjukkan banyak lagi bahagian yang perlu aku perbaiki.
4 Jun 2009 adalah tarikh sesi macroteaching aku dan aku mulakan sesi pembentanganku mengikut lesson plan yang telah aku tulis. Rasa gugup jelas terasa tatkala aku mengajar rakan-rakan aku yang lain di mana aku perlu menyampaikan konten pengajaranku dengan berkesan selama 30 minit. Di akhir pembentangan, aku di komen oleh Dr. Nurul dan secara keseluruhnanya komen beliau adalah lebih tertumpu kepada konten yang di ajar oleh aku. Aku tidak dapat mengaitkan prior knowledge pelajar dengan konsep dan pengetahuan yang ingin aku sampaikan tapi apa yang merunsingkan aku adalah komen beliau tentang pengurusan masa pengajaran aku. Aku tidak menggunakan masa yang diperuntukkan dengan baik dan masalah konten dan pengurusan masa ini sebenarnya berpunca dari salah aku sendiri.
Aku telah mengubah lesson plan di saat-saat terakhir menyebabkan aku tidak dapat menyesuaikan dan mengintegrasikan gaya pembelajaran selaras penyampain konten dengan baik. Kerja last minute ini menyebabkan banyak masalah yang timbul dalam penyampaian pengajran aku dan menyebabkan aku dikomen oleh Dr. Nurul. Walaupun mempunyai masa untuk mengubah lesson plan tersebut, aku mengambil langkah untuk menangguh kerja tersebut dan menumpukan kepada kerja-kerja lain yang mempunyai kurang priorit daripada saesi macroteaching ini.
Kerja bertangguh ini sememangnya telah menjadi amalan aku sejak di bangku pengajian university sehinggalah aku menyambung pembelajaran di sini. Banyak masalah yang timbul akibat sikap sambil lewa ini namun aku masih tidak berubah. Sikap ini banyak mempengaruhi penggunaan masa aku yang mana aku lebih cenderung untuk menyiapkan kerja apabila tarikh untuk menghantar kerja jatuh pada keesokan harinya dan ini menyebabkan kualiti hasil kerja yang dilakukan adalah rendah dan tidak menepati kehendak pensyarah. Masa memainkan peranan yang penting bagi seorang guru kerana seorang guru yang mampu menguruskan masanya dengan baik dapat memberikan tumpuan yang penuh terhadap pengajarannya.
Aku perlu menguatkan motivasi diri dalam usaha untuk mengatasi masalah ini kerana motivasi merupakan medium dan pemangkin kepada kejayaan seseorang individu. Menurut Teori Motivasi Maslow, struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks dan keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.
Aku cuba menguatkan motivasi dalam diri aku dengan merefleksi perjalanan hidup aku di bantu dengan buku-buku motivasi yang telah aku beli. Aku berdoa kepada tuhan agar motivasi aku tetap kukuh dan utuh dalam usaha aku untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya. Nasihat dan ingatan dari keluarga sentiasa aku pahatkan di dalam kepala aku agar aku sedar dan tidak tersasar dengan tujuan dan objektif kehidupan aku
Setiap teguran, nasihat dan pengetahuan yang aku terima di sini akan aku jadikan pedoman untuk aku merempuh liku-liku kehidupan sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab dalam suaha untuk membangunkan anak-anak watan negara ini. Guru yang bermotivasi dapat membentuk dan mewujudkan persekitaran yang selesa dan membantu mewujudkan pembelajran berkesan di kalangan pelajar. Segala puji bagi Allah yang sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-hambaNYA. AMIN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment